Betul kah dengan Gaji RM2500 Siswazah Mampu Hidup Dengan Mewah...?? Ini Tips Terbaik Yang Ramai Orang Tidak tahu..
Gaji
permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam
pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak
selain tabiat mengukur baju di badan sendiri, lapor berita Bernama hari
ini.
Pakar
ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu
adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak
majikan mengambil risiko dengan menggaji mereka.
Ketua
Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada
individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka
yang diterima setiap bulan itu besar.

Gaji RM2,500 Cukup Jika Diurus Bai 3
Cukup
atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur,
mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak
sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti
merokok, katanya semasa dihubungi Bernama di sini.
Selain
itu, beliau berkata, mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak
seharusnya tergesa-gesa membeli kereta sedangkan kewangan masih belum
kukuh.
Memiliki
kereta sendiri pada usia muda memang cool tetapi perlu ingat bahawa
kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran
penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi,
katanya.
Tinjauan
ke atas pencari kerja atas talian Jobstreet baru-baru ini mendapati
mereka yang baru menerima ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak
mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden menyatakan tidak
berpeluang menabung selepas berbelanja untuk kepentingan asas.
Gaji RM2,500 Cukup Jika Diurus Baik
Sementara
60 peratus responden menjangkakan gaji pekerjaan pertama sebanyak
RM3,500, sebanyak 30 peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus
majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji antara RM2,500-RM2,800
bergantung kepada kelayakan.
Mohd
Adnan seterusnya menyanggah kenyataan gaji RM2,500 tidak mencukupi
untuk menabung memandangkan petua kewangan menyatakan seseorang yang
menyimpan 10 peratus daripada gaji setiap bulan menuju ke laluan yang
tepat.
Petua
itu macam mudah, tetapi memerlukan disiplin kuat dan disarankan
disimpan secara terus, sama ada dalam amanah saham atau bank berbeza,
kerana menjadi tabiat untuk kita mudah berbelanja, selagi ada balance
dalam bank, katanya
Kredit: MediaSuria.blogspot.com